Monday, February 18, 2008

Melancong melalui agensi pelancongan?

Melancong melalui agensi pelancongan?

Ramai pelancong berminat melancong dengan agensi pelancongan kerana beranggapan mudah,senang dan menjimatkan masa.
Tidak dinafikan kadangkala melancong dengan agensi pelancongan memang memudahkan.
Walaupun kadangkala bayaran lebih mahal berbanding melancong sendiri,kebanyakan pelancong memilih agensi kerana ia memudahkan dan menjimatkan masa.Pelancong tidak perlu bersusah payah mencari hotel,bas atau teksi ke destinasi menarik dll kerana semuanya disediakan oleh agensi pelancongan.
Namun antara kelemahan melancong melalui agensi pelancongan ialah :
1.Pelancong tidak mempunyai pilihan untuk ke destinasi yang disukai kerana semua destinasi telah ditetapkan oleh agensi tersebut.
2.Pelancong terpaksa berkongsi pelancongan bersama orang lain dan ianya tentu tidak mempunyai 'privasi'.
3.Harga ditetapkan sesetengah agensi terlalu mahal dan membebankan.
4.Semua hotel,restoran,jumlah hari melancong telah ditetapkan dan pelancong tidak mempunyai pilihan.

Antara kelebihan melancong melaui agensi pelancongan ialah:

1.Menjimatkan masa anda.Anda tidak perlu bersusah payah mencari hotel,teksi dan lain-lain.
2.Menjimatkan wang kerana sesetengah agensi menawarkan pakej yang murah dan berpatutan.
3.Dapat berkenalan dengan ramai orang yang melancong bersama.

Melancong sendiri atau melalui agensi pelancongan adalah pilihan anda.Sebelum membuat pilihan,buatlah perkiraan sebaiknya.....

No comments: