Wednesday, January 30, 2008

5 perkara penting sebelum melancong.

1.Sediakan wang secukupnya.Jangan melancong tanpa wang secukupnya kerana ia akan menyusahkan diri sendiri.Satu kisah benar berlaku di Pahang di mana sebuah keluarga dari Johor merasa ikan patin dengan berselera sekali.Apabila bil sampai ,terbeliak ketua keluarga tersebut dan terpaksa menggadai jam tangan kesayangannya untuk membayar bil.Justeru,sediakan wang secukupnya.....

2.Sediakan pakaian dan keperluan secukupnya.Ini akan memudahkan anda dan tidak berlaku pembaziran.Sebagai contoh,anda ke pantai dan tidak mempunyai pakaian mandi.Justeru anda terpaksa membeli pakaian mandi di kawasan pelancongan dan sudah tentu harganya mahal.
Siapkan segala pakaian dan keperluan.

3.Peta adalah sangat penting.Jangan melancong tanpa peta.Peta akan membantu anda dalam banyak perkara.Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi peta,nombor telefon dan alamat destinasi dan lain-lain.

4.Rancang perjalanan seperti menempah hotel,tiket perjalanan pergi balik,destinasi yang ingin dituju dll.

5.Pastikan kenderaan yang dipandu(kenderaan sendiri) dalam keadaan baik dan selamat.Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa enjin,tayar dan lain-lain...

Moga bertambah pengetahuan anda dan saudara mara anda serta juga kawan-kawan anda.....

No comments: