Sunday, October 10, 2010

Pengalaman ke Ho Chin Minh Vietnam




Vietnam adalah sebuah negara yang menarik.Saya pergi sendiri ke sana tanpa teman atau agensi pelancongan.

Kesimpulannya :

1.Saya mencari hotel yang murah untuk menjimatkan wang.

2.Saya menggunakan teksi "motor-man" iaitu ke mana-mana dengan motosikal kerana harganya lebih murah berbanding teksi.

3.Saya meminta 'motor-man' membawa saya ke kedai makan islam dan murah sepanjang masa dan tidak pernah makan di restoran hotel.

4.Kita perlu bijak tawar menawar jika membeli sesuatu kerana memang peniaga cekik darah.Pernah seorang menawarkan 10 keping poskad dengan harga 10 dolar USD.

5.Kita perlu belajar menguasai beberapa patah perkataan seeprti "Kam en :terima kasih" dan sebagainya.Saya biasa belajar bahasa negara yang saya akan lawati.

6.Keadaan ibu kota adalah selamat di mana saya bersiar-siar seorang diri jam 2 pagi.
Namun kita perlu berhati-hati kerana malang tidak berbau.

7.Saya kagum kerana di ibu kota Ho Cin Minh ada pejabat pos beroperasi hingga 10 malam.

8.Penduduk dan peniaga memang ramah dan tamah.Namun tidak ramai yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik walaupun pelajar Universiti.

9.Ibu kota ini memang cantik kerana banyak tempat bersejarah.Paling saya suka adalah Muzium.Muzium War banyak menempatkan barang2 dan peralatan tentera Amerika ketika perang Vietnam-Amerika.

10.Pengalaman manis adalah bertemu dengan ramai orang islam.Kebanyakan wanita islam remaja berpakaian seperti orang Vietnam moden dan tidak bertudung.

11.Saya menemui pelbagai bangsa dan negara seperti Jepun,Eropah,Amerika dan sebagainya.Berbual dan berkenalan sambil mempromosikan Malaysia.

12.Bertemu John dari Amerika dan beliau seorang veteran perang Vietnam.Banyak pengalaman yang dikongsi beliau tentang sejarah perang dan pernah datang Malaysia pada tahun 80an.

Itulah sahaja buat kali ini,jumpa lagi!

1 comment:

Unknown said...

boleh share info restoran halal di ho chi minh city... ada plan nak ke sana bulan ni..